Bismillah....
Assalamualaikum...
Tepat 28 April 2013,
sedar tak sedar aku hampir melangkah ke alam dewasa. heeee...
#jiwang siot...Tu lah
bahasa yg kwan2 semenanjung....Nak try jgak...
Ok, straight to the
main point...Sebenarnya aku bukan seorang sasterawan mahupun karyawan yang
gagah mengatur setiap ayat... Tapi mengenangkan ramai kawan2 yang dah terjun ke
dalam dunia Blogging ni, teringin jgak nak share the Khayr( kebaikan) ke luar
sana tanpa sempadan....
mungkin ni jga
boleh d gunakan sebagai medium dakwah @ Islah...Peace yo.. sebenarnya, there is
a strong reason for me to start writing...since aku dah nak dekat 21 tahun, aku
tersentak melalui satu entri dalam majalah jom edisi 09..
"Aku ni
baru 18 tahun, muda lagilah."
"La, aku ni
baru 20 tahun."
"Muhammad
al-Fateh menwan Konsantinopel pada umur 21, aku hanya setahun sahaja lagi untuk
menyainginya."
Petikan Majalah
JOM Isu 09 ms21-
Persoalan ni actually
timbul setelah aku membelek-belek blog kwan, aku terjumpa entri ni....dan,
berita “gembiranya”, aku dah nak berumur 21 tahun tapi belum ada apa2
yang aku sumbangkan kepada agama ni terutamanya, keluarga , n negara aku
sendiri...
So, I wonder, what is
my upcoming program so that aku boleh menyumbang serba sedikit kepada agama aku
yang syumul ni terutamanya....Aku tahu usaha ni x lah sebesar mana pun di
bandingkan dengan kawan2 yang telah banyak berjasa dalam jalan dakwah &
tarbiyah ini....
Tapi, biarlah aku
menjadi sepeperti burung yang berusaha memadamkan api yang di nyalakan oleh
Raja Namrud untuk membakar Nabi Ibrahim A.S. ..
Ketika burung itu di
tanya mengapa dia melakukan perkara tu, padahal perbuatan tu x akan mampu
memadamkan api tu saking besarnya api tersebut...Lalu di jawab oleh burung itu,
lebih kurang ni maknanya,
“Cukuplah ini sebagai Usahaku, mudahan jika aku di tuntut, aku mempunyai
alasan untuk diberikan melalui usahaku ini"
Antara alasan lain
juga aku menjejakkan kaki ke dalam dunia blogging ni,I was really inspired by
this man, he was an Indonesian.... My second hometown....Dialah Salim A.
Fillah...
ketika beliau ditanya
mengenai sebab beliau menulis,
"Alhamdulillah, memang daripada awal saya menulis untuk berdakwah,
sebab tidak boleh ada tinta yang tertera melainkan agar menjadi bekal ke
syurga dan menjauhkan daripada api neraka.."
Aku juga menyedari
dengan menulis , aku dapat menyebarkan manfaat untuk memberiinspirasi (Heeeee)
bukan sahaja kepada orang lain malah kepada diri aku sendiri..
Dengan menulis , aku
mampu menyapa ribuan orang yang tidak aku kenali diluar sana... InsyaAllah....
Tapi, aku sedar bahawa
semakin banyak yang aku tulis, semakin besar pertanggungjawaban akan di
pikul...Every action has it consequences... Maka aku perlu menggagahkan diri
untuk grab semua oppurtunities yang ada untuk melakukan sesuatu yang memberi
manfaat kepada diriku & ummah…
Jika tulisan ini
seperti rojak, campuq2 bahasa, maka aku akan berkata,
"aku mencintai bahasa Melayu"
Tapi dalam masa yang
sama,tidak salah kan aku mencuba untuk meluaskan kosa kata English aku melihat
kepada kepentingan bahasa ini.... InsyaAllah, moga aku diberikan kekuatan untuk
menulis lagi, aku kan orang yang x berbakat(poyo semata) ....."
SAMPAIKAN
DARIPADAKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT "(Prophet S.A.W.)