Saturday, 25 May 2013

Target Usrahhh !!!!

Bismillah..
Assalamualaikum..

Selepas je aku dengan kawan2 membaham makanan daripada kenduri kahwin anak mak cik RZ (restoran RZ).. AKu balik lag belek2 muka buku ...


ternampak post abg Naqib dekat grup Usrah dalam muka buku.



tadaaaa ...

ayat yang di kopipes..



APAKAH TARGET USRAH KITA SEKARANG???


Usrah kita sekarang dinamakan usrah Tamhidi.

Definisi Tamhidi ialah membangkitkan iman dan menyemarakkan Rabbaniah (rasa bertuhan).

Syarat Tamhidi ialah :


1. Tidak melakukan maksiat secara terang-terangan.
2. Tidak popular dengan perkara buruk.
3. Boleh dipercayai.

Objektif usrah tamhidi ialah :


1. Mendekatkan diri dengan Al-Quran (tilawah, hafazan, tadabbur dan tafsir).

2. Menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan orang-orang soleh.

3. Mengenali prinsip-prinsip, rukun-rukun dan kefardhuan-kefardhuan Islam serta mempraktikkannya.

4. Mengikat keimanan dengan kemuliaan akhlak.

5. Mengenalpasti keaiban-keaiban diri dan mula memperbaiki tingkahlaku buruk.

6. Berusaha membangkitkan rasa pentingnya berkawan dengan orang soleh dan menanam perasaan kasih sayang kerana Allah.

7. Faham dan menguasai usul Islam yang dua puluh serta mengetahui matlamat manusia dijadikan.

8. Mengetahui suasana tertubuhnya jamaah dan keperibadian pengasasnya.

9. Menerima betapa pentingnya sebuah rumahtangga yang beriltizam dengan ajaran Islam dan akhlaknya.

10. Meyakini kewajipan berdakwah kepada Allah dan mempraktikkannya diperingkat awal.



ohoi!!!! satu pun tak kena !!

Friday, 24 May 2013

wind of change~

Bismillah..
Assalamualaikum..

seorang doktor perubatan dari philiphine was assigned to klas kami time tu. sesi small group discussion(SGD). PRU fever baru nak reda time tu & banyak lah citer2 bab penipuan/black out/racist. x sudah2.

Tetiba that lecturer kasi timbul isu PRU 13. 

Eh. 
Out of Topic!!!


Eh!!
"I heard that your general election just done"
"but,it seems like there is some problem. I heard that ur government brought Bangla people to do voting & there is some of your citizen complained to Barack Obama about the manipulation on your GE results" (Huh, kan dah kena)..
 Sudden opinion juz voiced out from the back.

"But sir, there is nothing such that thing occur at the place of BN(current gov) won . I also have been voted, but i've seen no one looks like Bangla".(uhhhhh, so hardcore)..
 
Tuan Guru !!


the debate antara lecturer dengan student tu berlangsung lah mcam biasa dgan student to looks emotional membela BN... Haha..

tapi kelas tu diakhiri lecturer tu tanya maksud UBAH, the opposition party motto against ruling party.(kan beliau dari Philiphine, x tau cakap Melayu)

"THE CHANGE,SIR" kawan yang duduk sebelah aku cakap dekat lecturer tu.

"OWH, all of us need that, right!!!"..


eh...tetiba ada orang putar lagu the Wind of Changes ..(haha, Just Kidding..Just delusion)...


Nah, tengok ni...






tiada istilah yang dipanggil,

"aku terlalu baekkk"
"I'm too good" 


Kita start dari diri masing2, OK..

Maaf , aku perlu berbicara ..



Assalamualaikum..
bismillah..

“Qul al-haqq wa law kana murran” (katakan yang benar walaupun pahit).



Alhamdulillah, baru mengerjakan solat maghrib berjemaah dekat surau tadi.... Walaupun terlambat, Alhamdulillah berpeluang walaupun “masbuk” melalui kawan.

Selepas kawan aku sebagai imam memberikan salam, aku menyambung solat ku disebab aku masbuq... Dalam solat ku itu, aku merasa “terganggu” sedikit dengan bacaan imam memperbesar suara untuk berzikir.... Aku telah bersangka baik(Husnuzan) kepada pak imam tersebut bahawa dia ingin mengajar makmum di belakang untuk berdoa/berzikir tapi husnuzan ku tersasar apabila aku teringat bahawa setiap hari pak imam tu membesarkan suara dia time zikir.

aku teringat hadis ni..[tapi ni copy paste, aku hanya ingat matan(isi hadis)..tak hafal pun]
Hadis 1

Rasulullah S.A.W.memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca Al-Quran. Baginda menyelak kain langsir dan berkata “ Setiap daripada kamu sedang berkomunikasi dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca Al-Quran atau ketika kamu sedang solat”. (HR Abu Daud – no 1332)


Hadis 2

Rasulullah S.A.W. telah keluar kepada orang ramai sewaktu mereka solat dan mereka sedang meninggikan suara mereka di dalam bacaan mereka, maka Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Sesungguhnya yang sedang solat sebenarnya sedang berkomunikasi dengan Tuhannya yang sedang di sembahnya. Janganlah kamu meninggikan suara melebihi yang lainnya sewaktu kamu sedang membaca Al-Quran.”


Begitu juga fatwa yang telah di fatwakan oleh ulama besar Syeikh Sayid Sabiq Rahimahullah yang juga bekas guru Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi menyatakan dalam kitab nya Fiqh Sunnah menegaskan :

Mengeraskan suara itu sehingga menggangu orang-orang yang (masih) lagi (mengerjakan solat adalah hukumnya haram meskipun yang dibaca itu adalah al-Quran.”

Kalau ikutkan hadis yang aku kasi,it seems like ada masalah dengan amal kita. Bukannya nak meng’condemn’ sesiapa , tapi 

Qul al-haqq wa law kana murran” (katakan yang benar walaupun pahit).


Tapi aku tetap bersangka baik..InsyaAllah..


Didalam kitab imam As-Syafie : Al-Umm , m/s 355, Imam Al-Syafie telah berkata:


Pada pendapatku, imam dan makmum hendaklah berzikir selepas menunaikan solat. Mereka hendaklah memperlahankan bacaan zikir itu. Melainkan jika imam mahu mahu mengajar( bacaan-bacaan itu kepada makmum) . Ketika itu bacaan zikir di kuatkan. Sehinggalah di lihat (oleh imam itu makmum mampu mempelajari zikir itu sepenuhnya). Selepas itu, hendakalah perlahankannya.”


Dalam kitab yang sama Imam As-Syafie rahimahullah, cakap lagi :

Aku berpendapat baginda mengeraskan suaranya( ketika berzikir) hanya untuk seketika agar orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana, kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini @ selainnya tidak menyebut selepas salam ada tahlil & takbir. 

Kadangkala riwayat menyebut baginda terus bangun( meninggalkan saf) tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut bahawa baginda duduk (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara kuat.

Aku berpendapat, baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara terang( Perlahan).

Jika seorang berkata. Macam mana? Aku katakan “ Seperti baginda solat di atas mimbar, di mana baginda berdiri dan ruku diatas nya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud diatas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar orang yang duduk jauh dan tidak dapat melihat baginda mengetahui cara berdiri( dalam solat), ruku dan bangun( dari ruku). Baginda ingin mengajar mereka dalam keluasan itu semua.

Aku suka sekiranya imam menyebut nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu @ duduk lebih lama di situ, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi @ bersama imam, itu aku lebih sukai padanya.”

Wallahua’lam.


So, I wonder... mana kata2 Imam Syafie yang mengatakan berzikir beramai-ramai selepas solat secara berterusan merupakan mazhabnya..

aku nak kasi pendapat imam-imam lain yang bermazhab syafie:

1)Imam Nawawi – rujuk Syarah Shahih Muslim, Jilid 5, M/s 84.

2) Imam al-Baihaqi – dinyatakan oleh Imam Nawawi menerusi kitabnya Majmu Syarh al-Muhadzab, Jilid 3, M/s 469.

3)Imam Ibnu Katsir – Rujuk Tafsir Ibnu Katsir @ Tafsir al-Quran al- azhim, Jilid 2 M/s 281.

4) Imam Jalaludin As-Suyuthi – Tafsir Jalalain Jilid 1, M/s 226

5)Imam Ibnu Qayyim – Rujuk Zadul Ma’ad, Jilaid 1, M/s 93

6)Zainudin bin Abdul Aziz al- Malibari- Rujuk Fath al- Muin M/s 39


Alhamdulillah.. Sesungguhnya petunjuk yang terbaik adalah berdasarkan as-Sunnah yang shahih.. 


 لو كان خيرا لسبقون اليه

"Lau Kaana Khairan Lasabaquuna ilaihi"

Kalau perbuatan itu baik,
maka Rasulullah & Sahabat, 
pasti mereka lebih dahulu mengamalkannya daripada kita.


Mari pula kita teliti kata-kata Imam Malik
“Perkara yang tidak menjadi agama pada hari itu( Zaman Nabi & para Sahabat),  tidak pula akan menjadi agama pada hari Ini”..

tapi aku terfikir, aku siapa nak bajet bagus menulis walaupun kurang bekgeround agama ni tetiba nak lantang menulis.

Tu pegang pistol nak tembak aku lah tu... -_-


haha, peace..

Monday, 20 May 2013

Aku & encik Jawatan

Assalamualaikum..
Bismillah...

Alhamdulillah...dah nak 3 tahun aku berada dekat aucms... Look, how time flies... teringat jugak meeting persatuan Islam yang selama ini aku perjuangkan, dijadikan wadah untuk spread the khayr...

Jawatan sebagai biro Dakwah, wallahi sangat berat... Pertama kali diumumkan  aku akan memegang jawatan biro dakwah....Mak aiiiii... Macam nak runtuh jantung, rasa mcam nak  nangis ada jugak. Bukan nak cengeng, tapi wallahi !!! Biro dakwah sangat berat tanggungjawabnya... Yelah, nabi dah kata,



“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

lagipun, aku sedar aku siapa pada time tu. That position totally doesnt fit with me. Aku je yang x layak pegang jawatan tu. Aku tahu, aku orang yang mungkin lancang apabila berkata tentang sesuatu ilmu tu, tapi aku sangat mudah kendur di jalan amal. terus terngiang di dalam pikiran aku seorang sahabat selalu bagi ayat ni time usrah, aku rasa ayat tu memang tuk aku..


"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." QS. Al-Shaff: 2-3

ok, back tu jawatan.
Aku merasa sangat teruk lalu aku jumpa presiden persatuan islam time tu.


"Maaf, tolong pilih orang lain untuk jawatan ni. Aku tidak layak dan tidak mampu. So, tolong lepaskan aku".

Ya Allah, bagaikan runtuh kali ke2. rayuan ku di tolak. aku kena pegang jawatan Biro Dakwah. 

"dakwahi diri aja nggak bisa,
pengen mendakwahi orang"

So aku decide nak pergi jumpa dengan kak yang selalu jaga kitorang. Aku luahkan,kowt2 mereka boleh memujuk presiden mnggugurkan aku. aku dengan yakinnya.. InsyaAllah, aku akan digugurkan dari jawatan ni. ok.


"kak, boleh tolong pujuk presiden menggugurkan aku dari jawatan ni. aku x mampu"

 "owh, balik nanti. Cuba buka tafseer surah Yusuf yang meminta jawatan. Lagipun, bukan kamu sahaja yang tak nak jawatan. Kalau boleh, kita semua tak nak jawatan."

Jawapan simple yang menyebabkan aku hampir runtuh secara total. Aku terus saja memulas motor yang ku bawa selepas dengar jawapan yang bukan aku inginkan. Aku belek surah Yusuf,


“Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Surah Yusuf, 55-56).
aku baru sedar pada ketika itu organisasi ini hanya ada beberapa kerat orang sahaja untuk menggerakkan persatuan Islam tu. Lgipun kalau aku berundur, akan nampak kepincangan organisasi tu. huh, bukan nak bercakap seperti seorang harapan, tpi lagi perlu aku untuk memegang jawatan tu.

So, akhirnya aku decide, I have to hold this position. Bi iznillah.

Ni pula menguatkan aku untuk memegang jawatan ni.

“..demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain” 
(al-Imam al-Qurtubi)

Tapi, setelah aku fikir semula perkataan imam al-Qurthubi tu
,aku tidak yakin aku dapat menegakkan kebenaran.. O_o

Monday, 6 May 2013

aku & keikhlasan

Bismillah...
Assalamualaikum..

tentang apakah hatiku tertanya-tanya. kata orang mungkin diselaputi dosa. 
tapi, moga dibersihkan dari dosa..

IKHLAS

aku belajar daripada sindiran kawan-kawan, ajaran guru yang biasa-biasa saja tapi luar biasa & cabaran musuh. petikan buku yang pernah ku baca. tapi pengalaman baru-baru ni lebih berkait kpada sindiran kawan-kawan. to be specifically, teguran. 

rasa macam tak nak tegur seseorang bila empunya diri masih jahil. tapi kalau nak tunggu semua orang jadi baik, takkan ada orang yang sanggup menegur. tapi berkaitan dengan seni teguran, macam kita yang lebih baek apabila teguran tu keluar dari empunya.. Nauzubillah, istighfar.

tapi kadang teguran tu payah nak lekat kepada si siapa-siapa lah(SSL). rasa macam nak marah pun ada. tapi what point yang membenarkan dirimu marah. adakah sebab si SSL x terima @ buat don't know je..

please reconsider to purify your intention...kalo niat tu insyaAllah ikhlas kerana Allah, tiada sebab rasanya tuk kita marah.. Mudahan benda tu Allah angkat sebagai amal baik..

      "Allah tidak melihat kepada result perbuatan tu, tapi nak tengok sejauh mana usaha hamba-Nya"..

Lagipun, it's non our bussiness untuk membolak-balikkan hati manusia.. Kalau dia x terima,insyaAllah kita cuba lagi.. 

"banyakkan doa, ikhlaskan hati:
bukan kah teguran dari hati yang ikhlas akan menyentuh hati yang ikhlas, InsyaAllah"




Wednesday, 1 May 2013

sahabatku....tolong aku ye...

Bismillah...

Assalamualaikum..


time usrah..

Kedengaran suara sang Murabbi usrah membagi tugas kepada anak usrah nya.. Tetiba,

"Din, kamu x de assignment lagi kan untuk usrah ni"..... 


"Gulp"... "Ye abang" ....Aku cuba bertenang


"Din bagi sirah sahabat ye".. 


"lorh, tu je"... (hehe), kejahilan mendominasi...



seriously, first tu...aku terpinga-pinga nak bagi sirah sahabat mane.. Semua haybat-haybat belaka...padan muka..

And then, aku nekad aku nak pilih sahabat yang bukan berasal dari tanah arab... Salman al-Farisi ..tadaaa...



menariknya sirah ni, salman menceritakan dengan detail kisah beliau mencari Islam... Wallahi, sungguh detail dari seorang yang sangat kuat ingatannya...


poin yang perlu di highlight, perjalanan beliau mencari Islam sampai2 bapanya   yang menganggap dia sebagai anak gadis(beliau yang menceritakan sendiri) pun sanggup dia tinggalkan... Ayah salman kaya kowt... Seriesly kaya...

Ketua kampung sekaligus orang yang paling kaya ditempatnya.. 

Lalu aku wonder, kalau aku yang x seberapa kaya & miskin ni pun x sanggup belakangkan harta duniawi ni...Lalu apa yang aku boleh banggakan untuk bertemu Allah & kekasih2 yang haybat2 belaka..

sniff2....