Assalamualaikum..
bismillah..
“Qul al-haqq wa law kana murran” (katakan yang benar walaupun pahit).
Alhamdulillah, baru mengerjakan solat maghrib berjemaah dekat surau tadi.... Walaupun terlambat, Alhamdulillah berpeluang walaupun “masbuk” melalui kawan.
Selepas kawan aku sebagai imam memberikan salam, aku menyambung solat ku disebab aku masbuq... Dalam solat ku itu, aku merasa “terganggu” sedikit dengan bacaan imam memperbesar suara untuk berzikir.... Aku telah bersangka baik(Husnuzan) kepada pak imam tersebut bahawa dia ingin mengajar makmum di belakang untuk berdoa/berzikir tapi husnuzan ku tersasar apabila aku teringat bahawa setiap hari pak imam tu membesarkan suara dia time zikir.
aku teringat hadis ni..[tapi ni
Hadis 1
“Rasulullah S.A.W.memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca Al-Quran. Baginda menyelak kain langsir dan berkata “ Setiap daripada kamu sedang berkomunikasi dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca Al-Quran atau ketika kamu sedang solat”. (HR Abu Daud – no 1332)
Hadis 2
“Rasulullah S.A.W. telah keluar kepada orang ramai sewaktu mereka solat dan mereka sedang meninggikan suara mereka di dalam bacaan mereka, maka Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Sesungguhnya yang sedang solat sebenarnya sedang berkomunikasi dengan Tuhannya yang sedang di sembahnya. Janganlah kamu meninggikan suara melebihi yang lainnya sewaktu kamu sedang membaca Al-Quran.”
Begitu juga fatwa yang telah di fatwakan oleh ulama besar Syeikh Sayid Sabiq Rahimahullah yang juga bekas guru Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi menyatakan dalam kitab nya Fiqh Sunnah menegaskan :
“ Mengeraskan suara itu sehingga menggangu orang-orang yang (masih) lagi (mengerjakan solat adalah hukumnya haram meskipun yang dibaca itu adalah al-Quran.”
Kalau ikutkan hadis yang aku
“Qul al-haqq wa law kana murran” (katakan yang benar walaupun pahit).
Tapi aku tetap bersangka baik..InsyaAllah..
Didalam kitab imam As-Syafie : Al-Umm , m/s 355, Imam Al-Syafie telah berkata:
“ Pada pendapatku, imam dan makmum hendaklah berzikir selepas menunaikan solat. Mereka hendaklah memperlahankan bacaan zikir itu. Melainkan jika imam mahu mahu mengajar( bacaan-bacaan itu kepada makmum) . Ketika itu bacaan zikir di kuatkan. Sehinggalah di lihat (oleh imam itu makmum mampu mempelajari zikir itu sepenuhnya). Selepas itu, hendakalah perlahankannya.”
Dalam kitab yang sama Imam As-Syafie rahimahullah, cakap lagi :
“Aku berpendapat baginda mengeraskan suaranya( ketika berzikir) hanya untuk seketika agar orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana, kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini @ selainnya tidak menyebut selepas salam ada tahlil & takbir.
Kadangkala riwayat menyebut baginda terus bangun( meninggalkan saf) tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut bahawa baginda duduk (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara kuat.
Aku berpendapat, baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara terang( Perlahan).
Jika seorang berkata. Macam mana? Aku katakan “ Seperti baginda solat di atas mimbar, di mana baginda berdiri dan ruku diatas nya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud diatas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar orang yang duduk jauh dan tidak dapat melihat baginda mengetahui cara berdiri( dalam solat), ruku dan bangun( dari ruku). Baginda ingin mengajar mereka dalam keluasan itu semua.
Aku suka sekiranya imam menyebut nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu @ duduk lebih lama di situ, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi @ bersama imam, itu aku lebih sukai padanya.”
Wallahua’lam.
So, I wonder... mana kata2 Imam Syafie yang mengatakan berzikir beramai-ramai selepas solat secara berterusan merupakan mazhabnya..
aku nak
1)Imam Nawawi – rujuk Syarah Shahih Muslim, Jilid 5, M/s 84.
2) Imam al-Baihaqi – dinyatakan oleh Imam Nawawi menerusi kitabnya Majmu Syarh al-Muhadzab, Jilid 3, M/s 469.
3)Imam Ibnu Katsir – Rujuk Tafsir Ibnu Katsir @ Tafsir al-Quran al- azhim, Jilid 2 M/s 281.
4) Imam Jalaludin As-Suyuthi – Tafsir Jalalain Jilid 1, M/s 226
5)Imam Ibnu Qayyim – Rujuk Zadul Ma’ad, Jilaid 1, M/s 93
6)Zainudin bin Abdul Aziz al- Malibari- Rujuk Fath al- Muin M/s 39
Alhamdulillah.. Sesungguhnya petunjuk yang terbaik adalah berdasarkan as-Sunnah yang shahih..
لو كان خيرا لسبقون اليه
"Lau Kaana Khairan Lasabaquuna ilaihi"
Kalau perbuatan itu baik,
maka Rasulullah & Sahabat,
pasti mereka lebih dahulu mengamalkannya daripada kita.
Mari pula kita teliti kata-kata Imam Malik
“Perkara yang tidak menjadi agama pada hari itu( Zaman Nabi & para Sahabat), tidak pula akan menjadi agama pada hari Ini”..
tapi aku terfikir, aku siapa nak bajet bagus menulis walaupun
Tu pegang pistol nak tembak aku lah tu... -_-
haha, peace..



No comments:
Post a Comment