Monday, 20 May 2013

Aku & encik Jawatan

Assalamualaikum..
Bismillah...

Alhamdulillah...dah nak 3 tahun aku berada dekat aucms... Look, how time flies... teringat jugak meeting persatuan Islam yang selama ini aku perjuangkan, dijadikan wadah untuk spread the khayr...

Jawatan sebagai biro Dakwah, wallahi sangat berat... Pertama kali diumumkan  aku akan memegang jawatan biro dakwah....Mak aiiiii... Macam nak runtuh jantung, rasa mcam nak  nangis ada jugak. Bukan nak cengeng, tapi wallahi !!! Biro dakwah sangat berat tanggungjawabnya... Yelah, nabi dah kata,



“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

lagipun, aku sedar aku siapa pada time tu. That position totally doesnt fit with me. Aku je yang x layak pegang jawatan tu. Aku tahu, aku orang yang mungkin lancang apabila berkata tentang sesuatu ilmu tu, tapi aku sangat mudah kendur di jalan amal. terus terngiang di dalam pikiran aku seorang sahabat selalu bagi ayat ni time usrah, aku rasa ayat tu memang tuk aku..


"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." QS. Al-Shaff: 2-3

ok, back tu jawatan.
Aku merasa sangat teruk lalu aku jumpa presiden persatuan islam time tu.


"Maaf, tolong pilih orang lain untuk jawatan ni. Aku tidak layak dan tidak mampu. So, tolong lepaskan aku".

Ya Allah, bagaikan runtuh kali ke2. rayuan ku di tolak. aku kena pegang jawatan Biro Dakwah. 

"dakwahi diri aja nggak bisa,
pengen mendakwahi orang"

So aku decide nak pergi jumpa dengan kak yang selalu jaga kitorang. Aku luahkan,kowt2 mereka boleh memujuk presiden mnggugurkan aku. aku dengan yakinnya.. InsyaAllah, aku akan digugurkan dari jawatan ni. ok.


"kak, boleh tolong pujuk presiden menggugurkan aku dari jawatan ni. aku x mampu"

 "owh, balik nanti. Cuba buka tafseer surah Yusuf yang meminta jawatan. Lagipun, bukan kamu sahaja yang tak nak jawatan. Kalau boleh, kita semua tak nak jawatan."

Jawapan simple yang menyebabkan aku hampir runtuh secara total. Aku terus saja memulas motor yang ku bawa selepas dengar jawapan yang bukan aku inginkan. Aku belek surah Yusuf,


“Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Surah Yusuf, 55-56).
aku baru sedar pada ketika itu organisasi ini hanya ada beberapa kerat orang sahaja untuk menggerakkan persatuan Islam tu. Lgipun kalau aku berundur, akan nampak kepincangan organisasi tu. huh, bukan nak bercakap seperti seorang harapan, tpi lagi perlu aku untuk memegang jawatan tu.

So, akhirnya aku decide, I have to hold this position. Bi iznillah.

Ni pula menguatkan aku untuk memegang jawatan ni.

“..demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain” 
(al-Imam al-Qurtubi)

Tapi, setelah aku fikir semula perkataan imam al-Qurthubi tu
,aku tidak yakin aku dapat menegakkan kebenaran.. O_o

No comments:

Post a Comment