[ kredit ]
Assalamualaikum..Bismillah ..
Agak lama time-interval aku tak update . Alasan, sibuk .
orang KL kata
"tak payah nak poyo sangat lah"..
"24 hours kut Allah bagi ko masa"..
Pang ...
Ok, kembali ke entry ..
"Aku rasa, aku 'mungkin' lebih baik ."
" Mana tak nya, budak tu tidur memanjang ,
bangun je menghadap laptop buka FB, buka tu,
buka ni.. Haish "
This monolog to be exact , selalu berputar dekat kepala ni.
(Korang mungkin tak, korang kan baek)..
FITNAH TERHADAP AISYAH
Setelah berakhirnya Perang Bani Mustaliq, Rasulullah
berangkat pulang bersama para sahabat dan tidak
banyak berhenti berehat melainkan berhenti untuk
bersembahyang. Tapi, apabila berhenti untuk kali terakhir
sebelum sampai Madinah, siti Aisyah yang bersama Rasulullah
dalam peperangan ini kehilangan barang pergi mencarinya.
Dipendekkan cerita, Siti Aisyah tertinggal daripada rombongan kerana
tentera Islam yang bergerak untuk mengangkat pengusung siti Aisyah
tidak perasan siti Aisyah tidak ada dalam pengusung dek badannya
yang kurus.
Pada masa yang sama, Rasulullah meninggalkan seorang tentera Islam
supaya kalau ada apa-apa yang tertinggal, dia lah yang mengutipnya.
Kali ini ,Rasulullah meletakkan SOFWAN IBNU MUATTAL.
Lalu, Sofwan terjumpa dengan siti Aisyah dan bersama pulang ke Madinah tetapi
dengan siti Aisyah menaiki untanya dan Sofwan berjalan kaki.
Sekembalinya ke Madinah , ini menjadi alasan untuk ketua Munafik
Abdullah bin Ubay menyakiti Rasulullah dengan memfitnah isterinya
siti Aisyah berzina dengan Sofwan.
[kredit]
There must be a reason of why Rasulullah meletakkan Sofwan sebagai
tentera di bahagian belakang. Beliau merupakan seorang sahabat Nabi
juga tentera Islam yang tabiatnya suka tidur selepas selesai berjung di medan
pertempuran . Di dalam sirah Ibnu Hisyam, diriwayatkan Sofwan Ibn Muattal
memang suka tidur selepas perang sehinggalah beliau ditinggalkan keseorangan
oleh tentera-tentera Islam yang lain.
KERESAHAN RASULULLAH.
Fitnah yang berlaku kepada isterinya amat meresahkan baginda.
Ditambah pula dengan pergeseran Suku Aus & Khazraj kerana Abdullah
bin Ubay daripada keturanan Khazraj & berita dan wahyu terhenti pada masa
itu untuk menguji orang Islam khususnya kepada Rasulullah.
PEMBELAAN KEPADA AISYAH
Sofwan bin Muattal R.A. disaksikan oleh Rasulullah S.A.W. sendiri sebagai
seorang yang solehdan Allah telah memberikan rezeki kepadanya kesyahidan
di jalan-Nya sesudah fitnah liar ini ditamatkan dengan penurunan wahyu.
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah
segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta)
itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara
mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang
dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam
menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar
(di dunia dan di akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu,
orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka
kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata:
"Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". Sepatutnya mereka (yang menuduh)
membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu.
Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi,
maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya
kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab
seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan
lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu
yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya;
dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum
Allah adalah perkara yang besar dosanya. Dan sepatutnya semasa
kamu mendengarnya, kamu segera berkata:
"Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau
(ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)!
Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". Allah memberi
pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan
yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang
yang beriman. Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat
keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[Quran Surah Nur ( 24 : 11-18 ) ]
ABU AYUB AL-ANSARI
Sebenarnya, antara point penting yang sesuai untuk tajuk ini tentang
ketokohan Abu Ayub al-Ansari since kebanyakan post hanya membincangkan
pembelaan Aisyah dan Sofwan.
Siapa yang tidak mengenali beliau (Abu Ayub) yang rumahnya telah dipilih dari
kebanyakan orang oleh Allah melalui unta Rasulullah ketika Rasulullah berhijrah
ke Madinah & akhirnya di akhir hayat beliau menemui syahid di Kota Istanbul.
Nak tahu lebih lanjut, sila baca baca sirah beliau.
Tapi, apa kaitan Abu Ayub R.A . dengan sirah ni.??
Semasa fitnah berlaku, isterinya Ummu ayub bertanya kepadanya,
"Wahai Abu Ayub, adakah kamu tidak dengar apa yang orang
perkatakan mengenai Aisyah?"
"Aku dengar." Balas Abu Ayub .
"Apakah pandangan kamu wahai Abu Ayub?"
Tanya isterinya lagi.
Abu Ayub berkata,
"Wahai Ummu Ayub, adakah kamu tergamak melakukannya?"
"Tidak". Balas isterinya .
Abu Ayub berkata,
"Aisyah LEBIH BAIK daripada kamu dan Sofwan LEBIH BAIK
daripada aku"...
Tu diaaaa. Biarpun Sofwan R.A. terkenal dengan sifat tidur selepas perang,
tapi Abu Ayub R.A. tetap berkata Sofwan R.A. lebih baik .
Moga Allah rahmati kedua-duanya yang telah syahid di jalan Allah.
[kredit]
p/s : Readers are advised to read more about FITNAH TERHADAP AISYAH seerah,
so that we can defend UMMUL MUKMININ AISYAH from SECOND FITNAH by
irresponsible Syi'ah followers.



No comments:
Post a Comment