Kadang geli hati , malu , marah kalau terlintas ..
Kalau dari sudut pandang seorang guru , karenah pelajar bermacam-macam..
kalau dari sudut pandang seorang pelajar , macam-macam
Mungkin perkataan yang lebih sesuai , pendekatan yang berbeza kot ..
PERKHEMAHAN
Wah , semangat yang lebih kalau teringat lagi .
banyak aktiviti perkhemahan ke tempat yang mencabar jugak lah..
Bukan menaiki kereta/bas untuk ke tapak perkhemahan ..
Tapi , kapal nelayan .. Ya , kapal nelayan ..
Menggaru kepala dibuat nya, lebih-lebih perjalanan mengambil masa 5-6 jam melalui sungai Kinabatangan.
Kampung Abai, Kinabatangan .
Aduh , sakit kepala bila mengingatnya ..
Lain tidur 2 jam , lain pelajar histeria , lain denda yang memeningkan..
Macam2 .. Tapi , aku percaya itu boleh membantu aku menjadi manusia.
" Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan , maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya , serta makan lah dari rezeki yang dikurniakan Allah , dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula " QS Al-Mulk 67:15
Kalau tak silap , sewaktu tingkatan 1@ 2 .. Perkhemahan di Abai dimulakan .
Denda yang paling mencabar ,
rolling @ berguling ke tepi dari hujung padang ke hujung .
Bukan side tepi , tapi dari tiang gol ke tiang gol lagi 1..
lumpur yang berbau pening sebab rolling, maka muntah lah jawabnya..
Selepas pulang kerumah dari perkhemahan bersejarah tu , badan berbintik dibuat nya.
Kesian si lengan yang berbintik2 .
Kadang aku terfikir macam ini lah aku time rolling dekat padang tu ..
tapi hakikatnya ,
Alasan denda nya , kalau difikirkan bukan salah grup kami pun .
Kami mendahului grup lain dalam perlumbaan untuk sampai di tapak perkhemahan setelah dilepaskan beramai-ramai di tempat yang tidak diketahui .
Harapkan dapat penghargaan lah .Dilepaskan di tempat ke 11 ,tapi sampai di tempat ke enam .
Tapi , denda yang menanti .
Alasan Cikgu Man (bukan nama sebenar) , kalau kita berperang dan kita mendahului pasukan lain .
Maka kita bersalah .
Mungkin boleh diterima alasan itu , tapi ,
we tought this is A RACE .
Pernah satu ketika , pukul 4 pagi sudah dikejutkan untuk bermain game ala Perang Badar .
Tapi , menggunakan torchlight sebagai senapang .
Sesiapa yang terkena cahaya torchlight , maka syahid lah dia ..aisehmenn..
Tapi akhirnya badan berlumpur..
Terpaksa mandi dalam sejuk menggunakan air sungai kinabatangan dalam gelap dan sejuk macam dicucuk beribu bilah pisau . Takut juga kalau ada buaya yang datang menyambar since tu memang tempat diorang bermastautin..
This is Sungai Kinabatangan tempat kitorang mandi .
Tapi , paling best meneroka alam . Menaiki Bot Nelayan untuk ke tempat habitat Gajah .
Bukan dikurung , tapi secara real .
Tapi , taik gajah yang terjumpa .Haha .. Geli hati di buatnya..
Tapi , menurut anak kapal bot nelayan tu , dikawasan anak sungai tu .ada seekor buaya diorang namakan Black dek kerana badannya yang berlumut dan gelap . Mungkin kerana dah terlalu tua .
Dikatakan jika dia melintang sungai tu , maka bot kecil mahupun besar tak boleh lalu dek kerana badannya yang panjang .
Pasal Histeria satu hal . Ada penduduk Jin marah sebab tempat mereka dikotorkan.
Lain pelajar perempuan yang suka buat bising , mengamuk dibuat nya Cikgu Man (bukan nama sebenar) .Kesian pelajar lain yang kena rasuk .
Tak nyenyak tidur malam aku dibuatnya .
Sampai nak balik pun Jin tu masih tak puas hati . Jika di jadualkan , malam tu perempuan akan berangkat pulang . Dibatalkan, dikhuatiri Jin itu akan mengejar bot tersebut memndangkan hanya akan ada seorang guru pengiring . Maka , separuh pelajar lelaki yang akan balik pada malam tu .
Dan salah seorang nya , aku .
Perkhemahan yang lain pernah ku join dibuat di dalam kawasan sekolah .
Pertengahan tahun semasa aku di tingkatan 5 . SPM year .
Perkhemahan ini jauh lebih relax berbanding sebelum ni . Makanan pun di masakkan .
Uh sungguh relax . Main game yang banyak di samping pengisian rohani .
Cuma kali ni ia diketuai Cikgu Bun ( Bukan nama sebenar ) . Seorang ustaz yang aku hormati .
Kali ni ,tidak banyak untuk disampaikan . Cuma time tu aku dilantik jadi Ketua Program .
Jadi bidang terjun lah aku . Secara tiba-tiba .
Tapi , semasa aku pergi ke sebelah seorang guru untuk join perbualan mereka .
Mereka mungkin tak perasan aku berada di sebelah .
Tetiba , keluar dari mulut seoang guru untuk memberitahu .
"Saidin tak sesuai lah jadi ketua lah ."
Ergggh ... Pahit walaupun terpaksa aku telan..
Aku tersenyum pahit ..
Hakikatnya , memang aku tak sesuai..
SERUMAH DENGAN CIKGU
Aku juga pernah duduk serumah dengan guru-guru bujang di dalam sebuah rumah . Semua sporting . Tidak pernah memaksa untuk belajar . Siap nonton drama
Pernah aku dengan kawan-kawan nak solat Asar rasanya . Aku disuruh oleh kawan2 senior untuk memanggil Cikgu Das ( bukan nama sebenar ) untuk solat sekali . Aku mengetuk bilik cikgu tu dan ternampak cikgu tu sedang tidur .
"Cikgu , jom Solat ."
"Cikgu , CIkgu , Solat " .
Lama , aku memanggil . Mulutku tetiba terpanggil ,
"Das .. Das .. Jom Solat "
Aduh, biadap nya . Mungkin beza umur yang tidak jauh menyebab kan aku cakap lagu tu .
Aku berpaling melihat kawan2 senior yang tergelak melihat perangai ku .
Belum jauh aku berpaling , 1 jeritan terdengar..
Cikgu Das yang tidur tadi rupanya terdengar panggilanku .
"Saidin , habis lah kau . CIkgu dengar apa yang ko cakap ."
(Saidin , ko akan kena . Cikgu dengar apa yang ko cakap ).
Pecah perut terketawa kawan-kawan senior aku yang lain.
Cikgu tu pun ketawa . Nampak puas, aku terkena kembali .
Silap sendiri .
Cikgu tu pun bergurau rupanya .No further action .Selamat aku . Cikgu Das nampak tidak kisah tapi aku tidak tahu hati yang tercalar disebabkan perangai ku.
Tapi , yang aku pasti , itu adalah kali terakhir aku biadap dengan guru .
Kelat rasanya . Maafkan aku CIkgu.
Tapi , point nya ..
Selamat Hari Guru ..
Maafkan aku cikgu . Terima kasih atas ilmu yang banyak ini .
Untuk semua guru-guruku di Sekolah Menengah (S) As-Salam tanpa terkecuali.
Satu nama , Sejuta Kecemerlangan .
*terlambat sehari . Semalam tiada internet connection..