Thursday, 15 May 2014

The best .... among the worst ....

Draf , draf ..
ah... akhirnya semua tersimpan..

kalau nak ikutkan , malas yang bermaharajalela ..
pinggan belum di basuh ,
baju direndam semalaman,
buku yang berlonggok belum di baca ..

sampai bila ..
huh ..

sungguh kasihan diriku apabila buku yang berlambak di penang belum habis di baca .. 5 peratus pun belum tentu sampai .. aduh , kesian si otak tidak mendapat makanan ..
Mahu pandai , tapi malas membaca ..

PROCRASTINATION

semua pun nak ditunda . alah,benda tu esok pun boleh buat ..
akhirnya , kerja di ofis yang sepatutnya dibuat pada awal bulan baru nak buat di pertengahan bulan..
buku-buku yang dalam beg, almari tu bila nak habis ..
adeh , kesian .. Menggaru kepala yang tidak gatal..

Asal nya , mahu menjadi Doktor yang beriman .
Mahu menjadi Doktor yang tidak jahil dalam beragama .
Bukan sekadar menjadi Doktor yang mengubati fizikal , malahan InsyaAllah juga menjadi Doktor Jiwa..
Ya, Doktor Jiwa ...

Tapi  all the way to that ambition, apa yang aku dah buat .
berapa banyak buku yang aku baca,
berapa banyak tazkirah atau pembersihan jiwa yang telah aku dengar ,
belum cerita amal yang masih lompong dan yang belum aku laksanakan..
berapa banyak mujahadah yang telah aku buat dan menambah baik jiwa ..
Mak yang ada dikampung , bila nak telefon ..
bila nak buat beliau tersenyum ..
aduh , menangis seorang diri mengenang dosa kepada Mak..
Maafkan daku Mak ..
Dosa kepada Tuhan . Nazar yang belum ditunaikan..
Yang kadang mengatakan Musuh kepada Syaitan bila dihadapan awam,
tapi ternyata menjadi tentera syaitan melawan Tuhan dikala bersendirian ..

Inikah yang boleh dikatakan seorang Doktor Hati dan Fizikal..
Allahu.. aku daif ..

Fakta-fakta masih berada di dada buku2 , belum berada di dada-dadaku ..
selalu benar terlupa..
Nampaknya masih banyak perlu di baiki..

Bayangkan saja jika datang pesakit yang kekurangan platelet atau severe bleeding , ataupun pesakit haemophilia, maka bukan pula diberikan heparin .

Jika datang pesakit yang suspected bacteremia , maka perlukah kita test for every suspected bacteria .
Ini satu pembaziran .

Ilmuku tentang perubatan bukan luas sangat . Sekadar Diploma Medical Science is'nt helping much.

Jika tiada penambahbaikan, ini merupakan jenayah ..
Ya , jenayah ilmiah ..

Jika seorang ustaz membaca pun kurang , ilmu tidaklah sebanyak mana,
tapi mahu mengulas semua benda ,termasuk ekonomi , politik ..
Maka rosaklah agama .

Jika seorang doktor , kehadiran kekelas selalu lompong ,
membaca pun malas , terlalu sibuk dengan aktiviti luar yang boleh membawa fitnah kepada pelajaran nya ,
maka, paracetamol sahaja yang tahu diberikan kepada pesakit.

Jika seorang economist kurang rajin dalam membelek buku ,
kurang bijak menebak keadaan ekonomi semasa dan akan datang ,
maka  inflasi dan deflasi yang berpanjangan lah jawabnya,

Ini semua merupakan jenayah . Jenayah kepada ilmu dan masyarakat .
bukan sahaja kita ketinggalan , maka jadilah kita umat Islam yang mundur dan malas berfikir.

''Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri'' QS Ar-Ra'd 13;11

Ya ,  mungkin kita boleh claim ,kita yang terbaik dikalangan kawan-kawan,
classmates atau pun adik beradik ..
Tapi , kalau kita juga tidak jauh bezanya dengan mereka , tetap selesa di zon sederhana .
Apakah makna semua ni .

akhirnya , kita selesa untuk menjadi yang terbaik .
tapi terbaik dalam kalangan yang lebih kurang sama .

Hakikat nya ,
we are the best ,
but among the worst .

*tiada kaitan antara yang masih hidup ataupun yang telah mati.
post ini lebih kepada diriku . Jika yang ada sekadar terbaca , moga mendapat Ibrah.

No comments:

Post a Comment