Tuesday, 26 May 2020

10 Kiat-Kiat Hati Bersih - Dr Firanda Andirja (Part 1)

Bismillah.

Salam alaykum.

Pagi ini menyempatkan diri untuk mendengar kuliah umum bersamaan dengan 27 Ramadhan.

10 Kiat-Kiat Membersihkan Hati. Korang boleh tengok dekat video ni.

Korang nak dengar direct amat di galakkan tetapi, apa yang akan kutulis disini hanya poin2 yang sempat ku garap untuk rujukan.

Dr Firanda membuka kuliah ini dengan sepotong hadis berkenaan sabar. Tentang wanita berkulit hitam yang memilih sabar untuk menggapai syurga.

Atha’ bin Abu Rabah berkata: Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata kepada: Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga. Aku menjawab: Sudah pasti ! Ibn ‘Abbas berkata: Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu dia berkata kepada baginda: Sesungguhnya aku menghidapi penyakit sawan (lalu apabila sawan ku datang), aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah untuk diri ku.

Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar, dan untuk engkau syurga. Jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau. Allah akan menyembuhkan engkau. Wanita itu berkata: Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat (bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan terbuka. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mendoakan beliau.


Ya. Dia lah wanita berkulit hitam pada fizikal, tapi dia penghuni syurga. Dia menjadi mulia kerana kesabarannya. Allah tidak melihat fizikal kita, tetapi hati kita.

Seterusnya, Ust Firanda menyampaikan sebuah lagi Hadits Riwayat Ibnu Majah.

Ketika Rasulullah S.A.W ditanya,

" Manusia bagaimanakah yang paling utama?" . Baginda menjawab, " Setiap orang yang HATINYA TERPUJI, BICARANYA BENAR". Mereka bertanya, " Pembicaraan yang benar kami mengetahuinya, lalu apakah hati yang terpuji itu?". Baginda menjawab, " Iaitu HATI YANG BERTAKWA, BERSIH, TIDAK DUSTA, TIDAK ANIAYA, TIDAK IRI DAN TIDAK DENGKI(HASAD)".

Orang yang bersih hatinya. Kita lebih mengetahui keadaan hati kita. Antara tanda hati kita tidak bersih adalah ketika kita tidak mampu berlama-lama dengan Quran, Suudhan (buruk sangka) ke saudaranya dan berbuat aniaya terhadap orang lain.

OK. Moving on to the main point.

Kiat-kiat supaya hati kita bersih.

1) MENJAGA LISAN

Sabda Rasulullah S.A.W..

"Tidak akan lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus lisannya. Dan seseorang tidak akan masuk surga apabila tetangganya tidak merasa aman dari kejahatan lisannya.” (HR Ahmad)

Hadits ini membuktikan betapa besarnya pengaruh lisan terhadap iman kita. Termasuk apa yang kita perbuat kesehari-hariannya. Apa yang hati kita terbiasa? Itu yang akan mempengaruhi hati kita.

Jangan sampai sehingga sakaratul maut, hati kita tidak mengingat Allah, tetapi condong terhadap apa yang kita biasa buat, dengar, cakap dan fikirkan. Jauhkan diri kita dari Namimah (Fitnah) dan Ghibah (Mengumpat).

Sabda Rasulullah lagi,

Jika anak Adam memasuki pagi hari sesungguhnya semua anggota badannya berkata merendah kepada lesan, “Takwalah kepada Allah di dalam menjaga hak-hak kami, sesungguhnya kami ini tergantung kepadamu. Jika engkau istiqamah, maka kami juga istiqamah, jika engkau menyimpang (dari jalan petunjuk), kami juga menyimpang. (H.R. Tirmidzi)

Ingatlah,

Orang yang baik imannya, terjaga lisannya

Orang yang akhlak nya baik, terjaga lisannya,

Orang yang baik ibadahnya, terjaga lisannya.


2) BANYAK ISTIGHFAR

Nabi banyak beristighfar ketika hatinya gelisah.

Dan lihatlah pengaruh Istighfar ke atas hati kita.

Dari Abu Hurairah ra., dari Rasulullah saw., beliau bersabda : "Sesungguhnya seorang hamba, ketika berbuat dosa, ada titik hitam di hatinya. Ketika dia meninggalkan dosanya, memohon ampun, dan bertobat, hatinya kembali bersih. Dan jika dia kembali (berbuat dosa), titik hitam terus bertambah di hatinya sampai menggunung, dan itulah yang menyelubungi hati (dari cahaya) seperti yang Allah firmankan, “Sama sekali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” (HR Tirmizi)



Mungkin kerana ini lah kita tidak merasa kesedihan jika terlepasnya kita terhadap sesuatu amal.

Kita telah terbiasa melakukan dosa.

Terlambat solat subuh. Merasa biasa.

Hasad. Merasa biasa.

Menganiayai saudara. Merasa biasa.

Mungkin kerana hati kita telah tertutup untuk melakukan kebaikan.

Istighfar.

 

3) JANGAN TERLALU BANYAK TAHU URUSAN ORANG LAIN DAN JANGAN TERLALU BANYAK MENDENGAR KEBURUKAN ORANG

Ya. Membacanya saja sudah sulit, apalagi dalam mengamalkannya.

"Janganlah seseorang dari sahabatku menyampaikan kepadaku tentant sesuatu mengenai seseorang, kerana aku suka keluar kepadamu dalam keadaan hatiku bersih (Sejahtera)."

Jangan kerana terlalu banyak tahu urusan orang, lalu timbul perasaan yang jelek terhadap saudara kita. Hati kita menjadi kotor. Ya . Jangan kepoci.

Mari kita berusaha untuk tidak mengetahui urusan orang yang tidak perlu kita ketahui agar tidak merosak kebahagiaan kita. Jika diceritakan mengenai urusan orang. Berusaha untuk tidak mendengarkan lebih-lebih jika itu berkaitan dengan keburukan orang. Kecuali jika kita dapat memberi solusi terhadap permasalahan mereka.


Urus diri kita saja.

Sudah lama menuntut ilmu, tidak berubah.

Sudah lama menuntut ilmu, hafalan tidak bertambah.

Masing-masing kita tahu tentang urusan kita dan keadaan hati kita. Hati kita juga sudah terlanjur kotor. Jangan tambah lagi dosa dengan namimah dan ghibah.

Kita ingin bertemu dengan seseorang dengan hati yang bersih & tidak tahu keburukan mereka.

Dan kadang kala keburukan yang disampaikan juga tidak benar. Dan menemui mereka dengan tidak mengetahui keburukan mereka lebih baik daripada mengetahui khabar angin yang tidak semestinya benar.

Doa yang di ajarkan seperti di dalam al-Quran.

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu". (QS Al-Hasyr 59:10)

4) BERUSAHA TENTERAM & BAHAGIA APABILA SENDIRI

Tidak dapat dinafikan jika kita nyaman bertemu dengan rakan-rakan. Tapi jangan sampai hanya dengan ada mereka hati kita tenteram.



Ada waktu kita perlu sendiri. Sedangkan seorang suami dan isteri perlu waktu bersendirian dan beribadah kepada Tuhan. Entah itu tadabbur Quran dan Solat. Kerana, waktu kita bersendirian selepas ini lebih banyak. Di alam barzakh dan alam seterusnya.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

 “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat apabila tidak ada naungan melainkan naungan Allah. Mereka adalah:

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa.
  3. Orang yang hatinya terpaut pada masjid.
  4. Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.
  5. Lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata: “Percayalah, saya takut kepada Allah.”
  6. Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.
  7. ORANG YANG INGAT KEPADA ALLAH DALAM KEADAAN SUNYI LALU MENITIS AIR MATANYA. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada waktunya bersama rakan-rakan dan keluarga. Ada waktunya bersendirian muhasabah diri

Tadabbur al-Quran, solat malam dan solat Dhuha. Dan jangan pulak di share supaya orang tahu!!!

Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan aibmu (Imam Hasan al-Bashri)

Semoga kita juga termasuk golongan yang ke 4 seperti hadis di atas. Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.

5) BANYAK BERZIKIR KEPADA ALLAH

Allah S.W.T. berfirman "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (QS al-Rad 13:28)


Banyakkan berzikir dan baca Quran. Mudahan dengan itu, semakin Allah S.W.T. perhatikan kita.

"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu" (QS al-Baqarah 2:152)

Dan jangan pula kita termasuk orang yang melupakan Allah. Itulah punca ketidakbahagiaan kita.

“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (QS Thaha 20:124).

Jangan kira orang-orang kafir dan orang banyak hartanya itu bahagia jika jauh dari Tuhannya.

TIDAK.. TIDAK.. dan TIDAK..

Bersambung ke Part 2... Link disertakan

http://belogdeen92.blogspot.com/2020/05/10-kiat-kiat-hati-bersih-dr-firanda_26.html

No comments:

Post a Comment