Bismillah....
Salam alaykum...
Post ni sambungan kepada post sebelum ni.
http://belogdeen92.blogspot.com/2020/05/10-kiat-kiat-hati-bersih-dr-firanda.html
6) LATIH DIRI UNTUK IKHLAS
Seseorang yang paling bahagia adalah orang yang selalu
melatih diri untuk ikhlas dan selalu membantu orang lain (Point ke 7). Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di dalam
tafsirnya Tafsir al-Sa'di.
IKHLAS - orang yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah.
Tidak peduli akan komentar orang lain. Tidak melakukan amal kerana pujian orang
lain dan tidak meninggalkan amal kerana celaan orang lain. Harus perlu di
latih. Kita sendiri akan menderita jika bergantung kepada pujian dan komentar
orang lain.
Antara cara untuk melatih diri untuk ikhlas adalah dengan
MENYEMBUNYIKAN AMAL.
Rasulullah S.A.W. bersabda "Barangsiapa diantara kalian
yang mampu untuk beramal shaleh dengan sembunyi-sembunyi, maka
lakukanlah." (HR Ahmad).
Sedangkan suami atau isteri harus mempunyai amal yang
tersembunyi dengan yang lain. Jika mampu.
Bila kita ikhlas (hanya mengharapkan pengharapan kepada
Allah, InshaAllah kita bahagia).
7) MEMBANTU ORANG LAIN
Suatu hari seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah
SAW tentang hatinya yang keras (Qaswatul Qalb).
Nabi menjawab:"Jika kamu ingin melunakkan hatimu maka
berilah makan orang miskin dan usaplah kepala anak yatim." (HR al-Hakim)
Jika melihat orang susah, usahakan untuk membantu mereka
dengan usaha sendiri. Itu lebih baik bagi hati. Dan jangan lupa sedeqah dengan
anak yatim selepas kita usap kepalanya. Jangan hanya usap, tapi KEDEKUT dengan
mereka.
Dan jangan pula kita hanya berteman dengan orang yang kaya
padahal dalam hadis ini ada menunjukkan kelebihan memberi makan kepada orang
miskin.
8) JANGAN MASUKKAN DUNIA DI DALAM HATI
TIDAK SALAH untuk membeli barangan yang mewah. Tapi jangan
sampai itu masuk kedalam hati kita.
Contoh:
Kita membeli kereta mewah. Cukup sampai disitu.
Jangan pula jika berlaku apa-apa ke kereta itu, kita juga terikut ikut seprti jika berlaku sedikit goresan ke kereta itu, kita juga seperti tergores dan marah-marah, menyumpah-nyumpah dan tidak keruan. Itu petanda bahawa ia sudah masuk kedalam hati kita. SANTAI SAJA.
Ingat, Dunia di tangan, Akhirat di hati (SUSAH SEBENARNYA).
Selain itu, barang mewah juga boleh membuatkan kita angkuh
dan sombong. UJUB. Lagi 1 penyakit hati.
Perlu kita akui. Mau atau tidak mau. Barang mewah pasti akan
memberi impak sedikit sebanyak kepada hati. Pasti. MAU TIDAK MAU.
Dan ingatan untuk kita, Allah pasti hisab itu. Allahu
mustaan.
9) SENTIASA MENERIMA TAKDIR ALLAH
Hal ini adalah kerana, agar kita sentiasa HUSNUDHON (Baik Sangka)
kepada Allah.
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa
(seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah,
Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan
tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu." (QS at-Taghabun 64:11)
Semoga Allah memberi kita hidayah.
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak
pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul-Mahfuzh)
sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita
terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira
terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang
yang sombong lagi membanggakan diri.” [QS. Al-Hadiid (57): 22-23]
Allah telah beri kita yang terbaik. Allah tahu yang terbaik.
Allah tahu yang terbaik. Jika pun kita protes dan suudhon kepada Allah, itu
tidak merubah apa pun bahkan akan menambah dosa.
Ya Sudah. Allah sudah menuliskannya untuk kita. Mudahan
Allah memasukkan kita kedalam orang yang senantiasa menerima takdir Allah dan
sentiasa Husnudhon kepada-Nya.
Ustaz Firanda sempat menyelitkan bahawa, beliau sebagai
Ustaz kadang hebat dalam berteori, tetapi keliru untuk mempraktikkan ilmunya.
Apalagi aku. Ya... AKU.... Allahu mustaan.
10) DOA
Sebab yang paling utama berbanding 9 kiat-kiat sebelumnya.
Antara doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. (mudahan
dihafal dan dibaca ulang-ulang)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku
di atas agama-Mu.” (HR Tirmizi)
يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ
"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami
di atas agama-Mu." (HR Ibnu Majah)
Mudahan Allah meneguhkan dan menjaga hati kita.
Untuk luruskan hati kita.
Untuk mengistiqamahkan kita.
Untuk benci maksiat.
Untuk gelisah ketika terdengar ghibah dan namimah.
Untuk sabar ketika mendapat ujian.
Untuk tawaduk ketika mendapat kenikmatan.
Dan juga doa seperti telah dinyatakan sebelumnya.
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa
saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau
jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang
beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan
RahmatMu". (QS Al-Hasyr 59:10)
Jangan jadikan hati kami DENGKI dan JENGKEL terhadap orang
lain. Jika ada yang zalimi dan membuat kami jengkel jadikan hati kami mudah
memaafkan.
Doa banyak-banyak di kala sendiri dan di dalam solat malam
kita.
رَبِّ أَعِنِّي وَلَا تُعِنْ عَلَيَّ وَانْصُرْنِي وَلَا تَنْصُرْ
عَلَيَّ وَامْكُرْ لِي وَلَا تَمْكُرْ عَلَيَّ وَاهْدِنِي وَيَسِّرْ الْهُدَى إِلَيَّ
وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ بَغَى عَلَيَّ رَبِّ اجْعَلْنِي لَكَ شَكَّارًا لَكَ ذَكَّارًا
لَكَ رَهَّابًا لَكَ مِطْوَاعًا إِلَيْكَ مُخْبِتًا لَكَ أَوَّاهًا مُنِيبًا رَبِّ
تَقَبَّلْ تَوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي وَأَجِبْ دَعْوَتِي وَثَبِّتْ حُجَّتِي وَاهْدِ
قَلْبِي وَسَدِّدْ لِسَانِي وَاسْلُلْ سَخِيمَةَ قَلْبِي
"RABBI A'INNI WALAA TU'IN 'ALAYYA WANSHURNI WALAA
TANSHUR 'ALAYYA WAMKUR LI WALAA TAMKUR 'ALAYYA WAHDINI WA YASSIRILHUDA ILAYYA
WANSHURNI 'ALA MAN BAGHAA 'ALAYYA RABBIJ'ALNI LAKA SYAKKARAN LAKA DZAKKARAN
LAKA RAHHABAN LAKA MITHWA'AN ILAIKA MUKHBITAN LAKA AWWAHAN MUNIBAN RABBI
TAQABBAL TAUBATI WAGHSIL HAUBATI WA AJIB DA'WATI WA TSABBIT HUJJATI WAHDI QALBI
WA SADDID LISANI WASLUL SAKHIMATA QALBI"
Ya Rabbku! Bantulah aku dan jangan Engkau memberi bantuan
mereka untuk mengalahkanku. Tolonglah aku dan jangan Engkau menolong mereka
untuk mengalahkanku. Buatlah makar untukku dan jangan Engkau buatkan mereka
makar untuk mengalahkanku. Tunjukilah aku dan mudahkanlah petunjuk-Mu untukku.
Tolonglah aku atas orang-orang yang menzhalimi aku. Ya Rabbku! Jadikanlah aku
orang yang selalu bersyukur kepadaMu, selalu ingat kepadaMu, selalu takut
kepadaMu selalu patuh padaMu, selalu tunduk dan pasrah terhadapMu, selalu
kembali dan taubat kepadaMu. Ya Rabbku! terimalah taubatku, bersihkanlah
kesalahanku, kabulkanlah do'aku, tetapkanlah hujjahku, tunjukilah hatiku, teguhkanlah
lisanku dan cabutlah segala penyakit hatiku.
(Hadits Riwayat Ahmad No 1893)
Perhatikan di akhir DOA,
وَاسْلُلْ سَخِيمَةَ قَلْبِي
WASLUL SAKHIMATA QALBI (Cabutlah segala penyakit hatiku)
Terdapat juga variasi doa lain seperti ucapan WASLUL
SAKHIMATA QALBI,
Hadits Riwayat Abu Dawud No 1291
WASLUL SAKHIMATA QALBI (cabutlah kedengkian hatiku)
Hadits Riwayat Tirmizi No 3474
WASLUL SAKHIMATA QALBI (hilangkanlah kedengkian hatiku)
Ini yang perlu diutamakan. Semoga Allah mencabut segala
penyakit hati kita.
No comments:
Post a Comment