Saturday, 25 May 2013

Target Usrahhh !!!!

Bismillah..
Assalamualaikum..

Selepas je aku dengan kawan2 membaham makanan daripada kenduri kahwin anak mak cik RZ (restoran RZ).. AKu balik lag belek2 muka buku ...


ternampak post abg Naqib dekat grup Usrah dalam muka buku.



tadaaaa ...

ayat yang di kopipes..



APAKAH TARGET USRAH KITA SEKARANG???


Usrah kita sekarang dinamakan usrah Tamhidi.

Definisi Tamhidi ialah membangkitkan iman dan menyemarakkan Rabbaniah (rasa bertuhan).

Syarat Tamhidi ialah :


1. Tidak melakukan maksiat secara terang-terangan.
2. Tidak popular dengan perkara buruk.
3. Boleh dipercayai.

Objektif usrah tamhidi ialah :


1. Mendekatkan diri dengan Al-Quran (tilawah, hafazan, tadabbur dan tafsir).

2. Menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan orang-orang soleh.

3. Mengenali prinsip-prinsip, rukun-rukun dan kefardhuan-kefardhuan Islam serta mempraktikkannya.

4. Mengikat keimanan dengan kemuliaan akhlak.

5. Mengenalpasti keaiban-keaiban diri dan mula memperbaiki tingkahlaku buruk.

6. Berusaha membangkitkan rasa pentingnya berkawan dengan orang soleh dan menanam perasaan kasih sayang kerana Allah.

7. Faham dan menguasai usul Islam yang dua puluh serta mengetahui matlamat manusia dijadikan.

8. Mengetahui suasana tertubuhnya jamaah dan keperibadian pengasasnya.

9. Menerima betapa pentingnya sebuah rumahtangga yang beriltizam dengan ajaran Islam dan akhlaknya.

10. Meyakini kewajipan berdakwah kepada Allah dan mempraktikkannya diperingkat awal.



ohoi!!!! satu pun tak kena !!

1 comment: